Thursday 13 December 2012

Cerpen Oh Cerpen

Cerpen Oh cerpen itulah salah satu perkara yang saya sebut sepanjang ingin menulis cerpen eksperimental ini. berikan sedikit idea dan sedikit keterujaan dalam menulis cerpen ini supaya ianya akan mendapat hasil yang baik. Setiap malam, saya akan berfikir mengenai cerpen ini. Terasa susah pula hendak mengarang cerpen kerana idea tidak menentu datangnya. Tugasan SKMM iaitu Penulisan Kreatif ini dapat memberikan sedikit cabaran sebagai seorang pelajar. Menulis cerpen ini bukan sekadar untuk mendapat markah yang baik dan menyiapkan tugasan tetapi ianya dapat memberikan impak yang baik dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang mengambil kursus ini. Tugasan mesti disiapkan dan cerpen mesti dihantar pada 31.12.2012 tetapi pengalaman dalam menulis cerpen itu boleh dijadikan panduan seumur hidup saya. Harap idea akan ada dalam mengarang cerpen   
pada ketika ini.

Wednesday 12 December 2012

Tips dalam menghadapi peperiksaan

Saya ada beberapa tips untuk dikongsikan bagi menghadapi peperiksaan yang bakal datang nanti bermula pada 7 januari 2013 ini. Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. Kedua – Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. Ketiga Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. Keempat  Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Monday 10 December 2012

Kerusi Roda yang memberi HARAPAN kepada orang OKU

Kerusi roda ini dianggap sebagai kaki bagi Orang Kurang Upaya yang mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah kerana dengan terciptanya kerusi roda ini mereka dapat bergerak sperti kita semua. Bukan ini yang mereka harapkan, bukan begini yang mereka mahukan, bukan begini yang mereka pinta, tetapi tiada sesiapa yang boleh melawan takdir ALLAH  SWT yang maha mengetahui kesemua tentang perjalanan hidup kita. Dengan terciptanya kerusi roda ini, mereka boleh merasakan nikmat hidup di dunia ini walaupun dalam keadaan lumpuh. Sungguh tidak mampu seseorang itu untuk berjalan tanpa kaki, kerana anggota kaki amat penting dalam sesuatu perkara. Kaki oh kaki, kerusi roda oh kerusi roda. kerusi roda ini ibarat kaki bagi mereka yang mengalami lumpuh separuh badan.

Ikan dan sebuku Roti


Antara roti dan ikan, ini kisah saya semasa di putrajaya pada malam ini. Walaupun dikatakan Putrajaya berkembang dengan pesat dan maju, tetapi ada warna-warni kehidupan binatang iaitu ikan. Di tasik banyak terdapat ikan yang cantik dan banyak. Tetapi, apa yang dikaitkan dengan roti ini adalah mengenai makanan ikan tersebut. saya memberikan sedikit makan iaitu roti kepada ikan ini. Persoalannya, adakah ikan ini tidak makan? berbanding dengan keadaan Putrajaya yang sangat maju itu. Ikan ini harus diberi makanan supaya ia hidup seperti manusia semacam kita.
Bukan hanya pada kemajuan sahaja, tetapi hal-hal lain perlu dititikberatkan dalam pelbagai situasi.

Wednesday 5 December 2012

senyuman memberi HARAPAN

Senyuman di wajah yang tua ini selalunya mahukan HARAPAN supaya hari tuanya dilalui dengan perasaan yang indah. Wajah tua ini menimbulkan seribu pertanyaan? apakah yang mereka inginkan? apakah yang mereka ingin kecapi? berbagai-bagai persoalan bermain di minda apabila kita memikirkan tentang raut wajah wanita itu. Kemungkinan ada sesuatu yang mungkin beliau inginkan tetapi beliau tidak dapat mengecapinya? Cuba anda bayangkan wajah nenek dan atuk anda jika ada sesuatu yang mereka masih tidak kecapinya. Insan seperti ini mahukan sesuatu yang dikatakan boleh memberikan keindahan di dalam hidupnya sebelum mereka menutup mata. Sebagai seorang anak yang prihatin kepada kepada warga tua ini. Hargailah mereka. Jagalah mereka sementara mereka masih bernafas di dunia ini. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangi anda, berdoalah untuk mereka semasa mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Jadilah cucu, atau anak yang soleh supaya dapat memberikan sinar cahaya kepada mereka di akhirat kelak. Amin.

Monday 3 December 2012

Masih buntu untuk penulisan cerpen

Saya masih buntu dalam memilih tajuk yang sesuai untuk menjadikan bahan dalam penulisan cerpen eksperimental saya. Jadi saya harapkan sesuatu idea yang bernas datang ke dalam benakku. InsyAllah dengan ada harapan, saya akan memtuskan untuk menulis bahan cerpen yang menarik. Hope dalam bahasa Inggeris, makna dalam bahasa Melayu adalah HARAPAN. sebagai seorang manusia, harapan amat penting dalam menjalani kehidupan. Ingat Selalunya Masih Ada HARAPAN untuk kita berjaya dalam hidup ini. HARAPAN kedua-dua ibu bapa kita supaya kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya HARAPAN itu selalu ada dan selalu hadir dalam sanubari seorang insan seperti kita. Manusia dan HARAPAN tidak boleh dipisahkan sama sekali kerana manusia juga mempunya HARAPAN. Saat paling indah dalam hidup kita adalah mencapai kejayaan yang dinginkan dan disertai dengan HARAPAN.

Sunday 2 December 2012

Berikan sedikit HARAPAN kepada penduduk Gaza

Berikan sedikit kelegaan buat penduduk Gaza. Persoalannya bilakah penderitaan ini akan berakhir?
Adakah anda sebagai saudara seislam mampu untuk melihat kekejaman zionis ini lagi?
Sudahkah anda lupa hadis Nabi Muhammad SAW yang beerti " Tiadalah beriman seseorang kamu, sehingga kamu menyintai saudara kamu sendiri sepertimana kamu mencintai diri kamu sendiri". Hadis di atas jelas membuktikan agama islam sangat mementingkan persaudaraan dalam agama. Saya tidak dapat memberikan apa-apa melainkan hanya mampu berdoa supaya Allah akan mnurunkan bala yang dasyhat kepada Yahudi laknatullah. Kita juga sebagai rakyat Malaysia harus sama-sama dalam memberikan bantuan yang mampu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara islam kita di Gaza. Pray For Gaza.

Thursday 29 November 2012

Harimau Malaya masih mempunyai HARAPAN

Harimau Malaya perlu menang jika mahu masih mempunyai HARAPAN untuk menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun ini. Pertembungan di antara musuh tradisi iaitu Malaysia dan juga Indonesia akan menjadi satu perlawanan yang penuh dengan debaran. Nantikan siaran langsung pada 1 Disember ini pada hari sabtu jam 8.45 malam. Malaysia perlu menang dalam perlawanan ini bagi memastikan Harimau Malaya layak ke pentas seterusnya. Marilah semua rakyat Malaysia kita mendoakan kejayaan pasukan bola sepak negara kita. Kemenangan 4-1 ke atas Loas tempoh hari telah menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia. Ayuh kita ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu ke tas pemain-pemain kebangsaan kita. HARAPAN selalu ada jika mereka bermain dengan baik. Saya sebagai rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan bola sepak negara kita. Jadi, majulah sukan untuk negara. Kami juga berbangga menjadi anak Malaysia.

Wednesday 28 November 2012

Jiwaku Tidak Cacat

"Jiwaku tidak cacat" itulah yang selalu diungkap oleh seorang guru yang bernama Mohd Huzairie bin Ahmad. Beliau merupakan seorang guru yang tekun serta rajin dalam bekerja. Dengan berkat usaha dan kerajinan beliau telah dianugerahkan Guru terbaik peringkat Kebangsaan (OKU) pada tahun 2009. Selalunya masih ada harapan untuk kita berjaya dan memperoleh sesuatu yang kita inginkan. Beliau adalah seorang abang, suami, anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga. Nasib beliau begini kerana telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau bercuti di rumah tunang beliau di Batu Kurau, Perak. Bermula dari situ beliau merangkak perlahan-lahan untuk bangkit bagi menjadi seorang pendidik yang berjaya dan  dihoramati masyarakat. Allah SWT telah memakbulkan doa beliau dan memberikan beliau sedikit kesenangan pada masa ini. InsyAllah selagi kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan selagi itu juga kita mempunyai HARAPAN.