Thursday 29 November 2012

Harimau Malaya masih mempunyai HARAPAN

Harimau Malaya perlu menang jika mahu masih mempunyai HARAPAN untuk menjulang Piala AFF Suzuki pada tahun ini. Pertembungan di antara musuh tradisi iaitu Malaysia dan juga Indonesia akan menjadi satu perlawanan yang penuh dengan debaran. Nantikan siaran langsung pada 1 Disember ini pada hari sabtu jam 8.45 malam. Malaysia perlu menang dalam perlawanan ini bagi memastikan Harimau Malaya layak ke pentas seterusnya. Marilah semua rakyat Malaysia kita mendoakan kejayaan pasukan bola sepak negara kita. Kemenangan 4-1 ke atas Loas tempoh hari telah menaikkan semangat seluruh rakyat Malaysia. Ayuh kita ke stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu ke tas pemain-pemain kebangsaan kita. HARAPAN selalu ada jika mereka bermain dengan baik. Saya sebagai rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan pasukan bola sepak negara kita. Jadi, majulah sukan untuk negara. Kami juga berbangga menjadi anak Malaysia.

Wednesday 28 November 2012

Jiwaku Tidak Cacat

"Jiwaku tidak cacat" itulah yang selalu diungkap oleh seorang guru yang bernama Mohd Huzairie bin Ahmad. Beliau merupakan seorang guru yang tekun serta rajin dalam bekerja. Dengan berkat usaha dan kerajinan beliau telah dianugerahkan Guru terbaik peringkat Kebangsaan (OKU) pada tahun 2009. Selalunya masih ada harapan untuk kita berjaya dan memperoleh sesuatu yang kita inginkan. Beliau adalah seorang abang, suami, anak yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga. Nasib beliau begini kerana telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau bercuti di rumah tunang beliau di Batu Kurau, Perak. Bermula dari situ beliau merangkak perlahan-lahan untuk bangkit bagi menjadi seorang pendidik yang berjaya dan  dihoramati masyarakat. Allah SWT telah memakbulkan doa beliau dan memberikan beliau sedikit kesenangan pada masa ini. InsyAllah selagi kita berusaha untuk mencapai kejayaan dan selagi itu juga kita mempunyai HARAPAN.